Sunday, July 24, 2016

ENAM PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBUKA PERNIAGAAN DOBI

Membuka perniagaan dobi (layan diri terutamanya) dilihat sebagai trend bagi kebanyakan usahawan. Banyak pusat dobi dibuka, dan telah menjadi satu pemandangan yang biasa apabila dalam satu kawasan perumahan terdapat lebih daripada satu kedai dobi. Usahawan menganggap bisnes dobi sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dijalankan, memberi keuntungan yang tinggi dan usahawan tidak memerlukan kemahiran atau kepakaran dalam mengawal operasi perniagaan. Tidur pun duit masuk. tapi ni bukan MLM ye.. :P
Terdapat ENAM PERKARA PENTING yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan dobi. Take note !


1. BANTUAN KURSUS DAN DANA KEWANGAN
terdapat beberapa pilihan, antaranya seperti MARA, Tekun, SME Bank, PUNB dan sebagainya. Ada juga syarikat persendirian yang menawarkan kursus untuk pengusaha dobi, namun anda perlulah melakukan sedikit sebanyak kajian tentang kursus yang ditawarkan. Ada kursus yang memerlukan yuran yang mahal, namun apa yang diterangkan hanyalah asas untuk memulakan perniagaan. Dan kebiasaannya, pada sebelah petangnya masa peserta kursus akan ‘diisi’ dengan lawatan ke kedai-kedai dobi untuk melihat secara praktikal cara pengendalian kedai dobi.

2. LOKASI YANG STRATEGIK
sebagai salah satu faktor penting menentukan sama ada perniagaan dobi tadi akan mendapat sambutan ramai atau tidak. Kebiasaannya usahawan dobi akan memilih
kawasan perumahan ataupun kawasan yang terdapat ramai pelajar menetap, seperti di sekitar kawasan universiti ataupun kolej. Pengusaha juga perlu memastikan premis dobi mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan mereka. Ada premis yang terletak dalam kawasan bangunan pejabat akan mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta, memaksa pelanggan mereka berjalan jauh membawa toto dan pakaian yang perlu dibasuh. Pernah juga saya terlihat premis kedai dobi yang terletak di tingkat 2, kawasan flat kos murah. Namun tidak sampai setahun, premis dobi tersebut ditutup kerana kesukaran menarik pelanggan. Selain itu, satu senario yang biasa juga, melihat kedai dobi berkongsi premis dengan kedai gadget telefon atau kedai tukang jahit bagi menjimatkan kos sewa.


3. PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN
penting untung memastikan untung yang maksimum. Untuk mendapatkan harga yang terbaik, lebih baik dibeli terus daripada pengedar utama. Elakkan daripada membeli daripada orang tengah yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Mesin basuh yang digunakan perlulah direka untuk kegunaan industri dan tahan lasak. Pengusaha juga harus melakukan sedikit kajian sebelum melakukan penetapan harga. Pastikan harga yang diberi, mengikut tahap perkhidmatan dan berdaya saing dengan pengusaha dobi yang lain.


4. PAIP DAN VENTILASI YANG TEPAT 
guna paip berkualiti seperti High Density Polyethylene (HDPE) paip untuk aliran air dan diguna dengan pam air (1 HP). Jangan guna PVC paip lemah kerana ia akan senang bocor bila diguna dengan pam air. Untuk ventilasi, gunakan ventilasi hos yang dibekal dengan mesin pengering pakaian. Pastikan ventilasi hos diletakkan pada lubang untuk bagi udara panas keluar dari kedai dobi. Untuk air sisa, pastikan paip keluar adalah besar untuk menampung air yang perlu dibuang apabila beberapa mesin basuh dijalankan pada masa sama.


5. BIJAK DAN KREATIF
Mereka juga perlu sering mengutamakan mutu perkhidmatan yang diberikan. Bagi pengusaha yang lebih berkeyakinan, bolehlah cuba mendapatkan tender-tender daripada pihak kerajaan, hotel-hotel, kilang ataupun syarikat swasta. (yang ni power!)

6. MEMILIH JENIS PERNIAGAAN (Paling Penting)
sama ada perniagaan sendiri ataupun francais, bergantung kepada keupayaan modal masing-masing. Sekiranya memilih untuk membeli perniagaan dobi daripada pengusaha yang sedia ada, kaji dahulu mengapa pengusaha itu ingin menjual perniagaannya. Alasan yang seringkali diberikan adalah untuk mengikuti suami/isteri yang terpaksa berpindah kerja ke tempat lain, namun sebenarnya hanyalah untuk menutup kerugian yang diterima saban hari oleh pengusaha berkenaan. Kaji juga mesin-mesin yang terdapat dalam premis dobi tersebut, lihat kondisi mesin tersebut dan lakukan pengiraan susut nilai. Pastikan harga yang ditawarkan berbaloi dengan keadaan premis dan mesin-mesin yang ada. Perniagaan francais selalunya terikat dengan kontrak sabun dobi dengan bayaran tak masuk akal se-tong. ADA YANG SEHINGGA RM100 SETONG SABUN DETERGENT, MEMANG TIDAK MASUK AKAL UNTUNG YANG BERLIPAT KALI GANDA . SAYA SENDIRI YANG BERTANYA YANG BUAT SURVEY MENGENAINYA.


OLEH ITU ABANG DOBI TAK MAHU ANDA TERBEBAN SEBELUM DAN SEMASA ANDA MENJALANKAN  PERNIAGAAN DOBI DENGAN HARGA SABUN YANG MEMBEBANKAN. SABUN YANG MAHAL MEMBERI KESAN KEPADA KOS DAN MARGIN UNTUMG PERNIAGAAN ANDA. JANGAN BIARKAN DUIT ANDA MENGALIR DI TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA. :(

WHATSAPP / CALL 014-9883059 (Abang Dobi ) UNTUK MENDAPATKAN SABUN YANG BERKUALITI DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN. 100% PRODUK KELUARAN BUMIPUTERA. :)

MARI MEMBANTU PRODUK MUSLIM  BUMIPUTERA !  

LEBIH BERKUALITI !
LEBIH BERSIH !
LEBIH WANGI !
LEBIH BUIH !
LEBIH EKONOMI !

TESTIMONI AKAN DIUPDATE DARI SEMASA KE SEMASA :)

18 comments:

  1. Saya berminat untuk ceburi perniagaan kedai dobi. Boleh tn bantu.

    ReplyDelete
  2. Saya berminat. Minta nasihat tuan

    ReplyDelete
  3. Berapakah modal yg diperlukan utk memulakan bisnes dobi layan diri

    ReplyDelete
  4. Boleh bantu sy.. Sy nak buat bisnes dobi

    ReplyDelete
  5. Saya Mohon bantuan utk buka bisnes dobi Dan beserta dgn pinjaman

    ReplyDelete
  6. Saya berminat nak tahu cara kiraan kos dobi untuk tender dan kontrak hotel²,hospital²,resort² dan lain² lagi..boleh bantu share dengan saya?? mscm.rahimi@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Saya mahu membuka kedai dobi tp kurang ilmu

    ReplyDelete
  8. Saya berminat nak buka kedai dobi layan diri..beserta pinjaman

    ReplyDelete
  9. Saya Berminat utk buka kedai dobi layan diri..

    ReplyDelete
  10. Saya berminat utk buka kedai dobi layan diri ni..

    ReplyDelete
  11. Saya berminat utk menceburi bidang dobi..bole tuan bantu saya

    ReplyDelete
  12. saya berminat untuk membuka perniagaan dobi tapi tak tahu proses dan kaedah untuk mulakan.

    ReplyDelete
  13. Saya berminat. Berapa kos yang diperlukan untuk membuka dobi layan diri?

    ReplyDelete
  14. Brp kos peralatan dan sekali renovate premis bos

    ReplyDelete
  15. Sy berminat,berapa kos minima? Dan ada kursus tertentu ke?

    ReplyDelete
  16. Aku brminat mjlnkan prniagaan dobi, bole bantu mcm mna nak brmula tuan

    ReplyDelete